Sunday, January 9, 2011

Misi dan Visi


Objektif penubuhan:

Objektif  utama adalah untuk mewujudkan sebuah pusat jagaan ‘Eksklusif’ yang akan memberi fokus dan perhatian yang tinggi kepada setiap  kanak-kanak yang di jaga dan diasuh serta menyediakan persekitaran yang islamik, kondusif, mesra dan menekankan nilai-nilai murni serta disiplin yang tinggi. 

Misi : 

Menjadikan I-Educare centre, sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, bukan sahaja dapat membantu ibu-bapa yang bekerja menjaga kanak-kanak ini, malah dapat mengasuh,mendidik dan menggalakkan  perkembangan mereka dari semua aspek supaya dapat membesar dalam keadaan persekitaran yang baik dan islamik. 

VISI :

Menjadi sebuah pusat ‘Tarbiah’ atau pendidikan kanak-kanak yang akan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akirat

Salam perkenalan..


Pengenalan:

I-EDUCARE Centre adalah sebuah pusat jagaan kanak-kanak berumur di antara 1- 5tahun (I-NURSERY CARE) dan juga tempat transit sebelum dan selepas persekolahan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah dari 5-12 tahun (I-DAYCARE) yang beroperasi di Bandar Baru Kerteh Terengganu.

Keistimewaan dan kelainan pusat jagaan kanak-kanak
I-EDUCARE ini ialah, 

Kami menggunakan konsep dan modul khas bukan sahaja untuk menjaga kanak-kanak secara fizikal, tetapi juga menggalakkan perkembangan mental,emosi dan spiritual kanak-kanak yang di asuh selain menekankan ‘ISLAMIC ROLE-MODEL’ untuk dicontohi serta melatih kanak-kanak di sini membiasakan diri dengan cara hidup islam seperti berdoa, berwudhu’, solat berjemaah,adab-adab dalam islam dan sebagainya.